Rabu, 30 Mac 2016

Intake NECK Batch 15

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Diam tak diam, dah nak batch ke 15!!! Waaah. Alhamdulillah taniah pada team NECK. Beratus orang dah berjaya 'diselamatkan' dari hanyut dalam dunia GEMUK a.k.a kurang sihat.

Anda nak di selamatkan?
==============
.
Serius Nak Turunkan Berat Dengan Cara Yang Betul?
.
❤ Program Kurus Hanya Dari Rumah.
❤ Pemantauan ONLINE 24 jam sehari selama 60 hari oleh mentor, coach dan 10 orang krew berpengalaman.
❤ Nasihat pemakanan & nutrisi.
❤ Latihan senaman.
❤ Community support.
❤ Secret INFO Channel.
❤ Knowledgebased (ebook, artikel, video).
❤ 30 menu makanan lulus #dietNECK .


.
Formula mudah dan berkesan telah terbukti membantu peserta turun berat sehingga 6kg dalam 2 minggu.
.
Dan kini NECK telah masuk tahun yang ke-2 dengan penyertaan konsisten setiap bulan.
.
* Hasil adalah berbeza untuk setiap individu.
.
Sekiranya anda ingin dibantu, hubungi saya, Anisah 0136216522 dgn kadar segera.

NTarikh tutup penyertaan adalah pada 1 April 2016. Fast action fast result.

TEAM NECK

Isnin, 28 Mac 2016

Khasiat Minum Air Kelapa di Musim PANAS

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda hari ni? di musim panas ni, ramai yang kurang sihat, batuk selsema dan juga demam. 

Di musim panas ni, kita mudah dehidrasi. Jadi, nak taknak memang kena minum air kosong secukupnya dan juga air yang tinggi elektrolit nya. 

Dr Zubaidi mencadangkan minum air kelapa di fb beliau seperti di bawah; 



Memetik artikel dari bernama;


'air kelapa tinggi dengan kandungan potassium, klorida, magnesium, kalsium, sodium serta vitamin B kompleks yang mampu mengawal tekanan darah, merendahkan otot serta menaikkan selera makan dan minum ketika musim panas.'


Minum sekurangnya 2.5liter air kosong bersamaan 10 hingga 12 gelas sehari 



'Amalkan mengambil makanan yang di potong kecil dan mudah di kunyah agar mudah di hadam dan di serap serta tidak memerlukan banyak tenaga untuk mengunyah dan meningkatkan haba badan dan berpeluhan'



Alhamdulillah, ramai yang menjual air kelapa di kawasan rumah saya sekarang. ;) jadi mudah lah nak beli.

Selain tu, kami juga minum performance drink, sedap tau perisa oren! yang best nya lagi... tak perlu tambah gula pun. Anas & Amanina suka sangat! 


InshaAllah antara usahaa untuk kekal cergas dan sihat terutama  di musim panas ni. ;) 

Nak order performance drink?
Hubungi Anisah 0136216522





Ahad, 27 Mac 2016

Hikmah SAKIT

MERENUNG HIKMAH SAKIT UJIAN.

Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmah dan rahsianya, antaranya:

1) Sakit itu Zikrullah. Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar. Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3) Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

8) Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.

14) Sakit mengingatkan kita akan Mati, Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya

15) Sakit itu tingkatan darjat. Apa saja jenis sakit termasuk stress, tekanan fikiran hatta tercucuk duri sekecil apa pun akan menjadi asbab seseorang ditingkatkan darjatnya disisi Allah.

*Kesemua hikmah ini akan diperolehi hakikatnya apabila sakit itu diterima dengan hati yang sabar dan redha tanpa hati mempertikaikan dan protes terhadap ketentuan Ilahi.

Wallahualam.

Selasa, 15 Mac 2016

17 Risiko kekurangan protein


17 #RISIKO Kekurangan Protein
==================

✿ Protein adalah makanan terpenting untuk tubuh badan kita. Asal perkataan “protos” (Yunani) bermaksud pertama muncul atau mengambil tempat pertama. Tubuh badan kita pula terdiri daripada #protein - tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma. Yang terbentuk daripada protein - antibodi, enzim, hormon. Sebahagiannya adalah protein - hemoglobin (berfungsi untuk mengangkut oksigen ke sel-sel tubuh). Sel-sel tubuh badan kita pula, bergantung kepada protein untuk berfungsi dengan baik bagi membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu yang dah lama (tua) serta menggantikan tisu-tisu yang rosak. Maka jelaslah Protein sangat penting untuk tubuh badan kita.


17 Risiko Kekurangan Protein :

✓ 1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
✓ 2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
✓ 3. Liver (penyakit hati)
✓ 4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
✓ 5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
✓ 6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
✓ 7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
✓ 8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
✓ 9. Poor wound healing (Luka lambat sembuh)
✓ 10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
✓ 11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
✓ 12. Irritability (Badan menggeletar)
✓ 13. Fatigue (Letih lesu)
✓ 14. Weakness (Lemah)
✓ 15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
✓ 16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
✓ 17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Pastikan anda mendapat protein secukupnya setiap hari :)


#GLCteam

Rabu, 9 Mac 2016

WAKTU KEJAR KITA atau KITA KEJAR WAKTU

TERTIPU WAKTU... Kiriman dari seorang sahabat



Waktu berlalu...
Begitu halus menipu...

Tadi pagi belum sempat zikir pagi, sedar2 sudah jam 9.00 pagi.

Belum sempat sedekah pagi, matahari sudah meninggi.

Rencananya jam 9.30 mau solat dhuha, tiba2 azan zohor sudah terdengar.

Teringin setiap pagi menghabiskan baca 1 juz Al Qur'an. Tapi "teringinnya itu" sudah setahun yang lalu dan kebiasaan itu belum terlaksana.

Sebenarnya ada komitmen pada diri sendiri, tidaklah berlalu malam kecuali dengan tahajud dan witir, sekalipun hanya 3 rakaat singkat saja. Dan komitmen itu belum dilaksanakan sejak 2 tahun lepas. Tanpa hukuman diri atas pengkhianatan komitmen dan tanpa perasaan bersalah sehingga belum merasa taubat.

Dulu juga pernah terpikir punya anak angkat atau yang di sponsor , entah yatim entah anak miskin, yang di lawati setiap bulan.

Ya kerana kesibukan lupa merealisasikannya, dan itu sudah berlangsung sekitar 3 tahun yang lalu...

Akan terus beginikah nasib "hidup" kita menghabis-habiskan umur ?! Berhura-hura dengan usia ?!
Tiba2 masuklah usia di angka 30 sebentar kemudian 40 tahun... dan kini lebih dari 50 tahun...

Tak lama terasa kemudian orang memanggil kita dengan sebutan "pakcik... tok... uncle... makcik... aunty... nenek"

Pertanda kita sudah tua.
Uban yang mulai menghias kepala, kerepot yang menghias kulit, tenaga yang tidak seberapa.

Menunggu ajal tiba...sejenak mengintip catatan amal yang kita ingat pernah berbuat apa...?

Astaghfirullah..
Tak seberapa, sedekah dan wakaf juga sekedarnya, malah banyakan harta yang kita makan, buat tanah, rumah, usaha dan katanya untuk invest dan peninggalan anak cucu yang belum tentu mereka suka.

Jika demikian...
Apakah ruh tidak akan menjerit saat harus berpisah dari tubuh..?!

Tambahkan usiaku ya Allah !. Aku perlu waktu untuk beramal dan berbekal ...

Belum cukupkah main2mu selama 50 tahun atau 60 tahun ?



Perlu berapa tahun lagi untuk mengulang pagi, petang, hari, minggu, bulan dan tahun yang sama ! Tanpa pernah merasa kehilangan untuk menghasilkan pahala di setiap detiknya. Tidak akan pernah cukup 1000 tahun bagi yang terlena...

Astaghfirullahal 'adzim...

Gerhana Tanda Kebesaran Allah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah pagi 9 Mac 2016, kita di beri kesempatan untuk menyaksikan gerhana matahari.

Keratan akhbar mengenai gerhana matahari.


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Gerhana Tanda Kebesaran Allah

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ وَإِنَّهُمَا لَا يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَكَبِّرُوا وَادْعُوا اللَّهَ وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا

"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah sebahagian dari tanda kebesaran Allah, dan keduanya tidaklah mengalami gerhana karena kematian atau kelahiran seseorang. Kerana itu, apabila kalian melihat gerhana matahari atau bulan, maka bertakbirlah dan berdoalah kepada Allah, serta solat dan bersedekahlah. (HR Muslim No: 1499)


Pengajaran:


1.  Kita disuruh memerhati dan memikirkan tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah di alam ini. Seluruh makhluk di alam ini, samada besar, kecil, yang bergerak mahupun yang diam - di bumi mahupun di langit, semuanya tunduk di bawah pengaturan Allah. Justru sewajarnya kita hanya menyembah kepada Allah yang satu dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun.

2.  Tidak ada sesuatu yang berlaku samada berbentuk musibah atau manfaat seperti kematian atau kelahiran atas campurtangan dari makhluk. Semua atas kekuasaan Allah.

3.  Kewajipan kita untuk takut kepada Allah, karena dengan kebesaran-Nya - sangat mudah bagi Allah untuk menimpakan azab terhadap orang-orang yang durhaka.

4.  Peringatan untuk kita selalu bersandar kepada Allah  dalam menghadapi hal-hal yang menakutkan

5.  Peringatan untuk kita bahwa hal-hal yang menakutkan itu muncul karena dosa-dosa kita, maka hendaklah kembali kepada Allah dengan beribadah dan memohon ampun kepada-Nya agar Allah  menghilangkan musibah tersebut

6.  Disunnahkan bagi yang “melihat” gerhana untuk melakukan sholat gerhana. Adapun bagi yang tidak melihatnya secara langsung, seperti karena terhalang mendung maka tidak disyariatkan



7.  Disunnahkan ketika gerhana untuk bersegera memperbanyak doa, dzikir, istighfar, taubat kepada Allah  dan bersedekah.

8.  Hikmah solat gerhana adalah dalam rangka menaati dan meneladani Rasulullah SAW, dan menundukkan diri kepada Allah  agar diselamatkan dari berbagai bencana

9.  Disunnahkan bersedekah dengan niat karena Allah dan boleh disertakan niat agar Allah menghilangkan musibah.



#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

9hb Mac 2016

Selasa, 8 Mac 2016

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

Assalamulaikum dan Salam sejahtera,

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?

Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. 
Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...wink emoticon
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!**
Saat2 indah membaca bersama AmniKhadijah

[Feel free to like, tag and share if these thing happen to you]

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...