Isnin, 28 September 2015

Makan BANYAK tapi boleh KURUS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda hari ni? apa khabar diet anda hari ni?


Diam tak diam, dah penghujung bulan 9 pun sekarang kan... alhamdulillah dah batch 8 pun program Now Everyone Can KURUS (N.E.C.K) sekarang ni. InshaAllah bulan 10 ni, bermula batch 9 pula. 

Uniiknya program N.E.C.K ni, mereka wajib makan 5 kali sehari, mereka kena makan BANYAK kali untuk mereka capai ideal weight! 

Alhamdulillah, ramai yang semakin slim dan yang penting SIHAT menerusi program N.E.C.K ni. 

Jom hayati Sharing Dari Peserta NECK
=======================

" KECEWA BILA GAGAL KURUS "

Dulu,

Saya pernah menyewa di kawasan pinggiran pantai.

Setiap pagi, mesti akan terjaga awal sebab kesejukkan dan bunyi pukulan ombak yang mengasyikkan.

Time tue, saya menyewa dengan officemate. Tinggal kami yang bujang berdua je kat rumah kampung tue.

Al-kisahnya, si dia ni kurus keding. Kuat makan.

Saya pulak.. gemuk gedempol, jarang-jarang makan.



Kadang saya stress tengok dia. Lagi stress bila dia ajak saya keluar makan makanan favoritenya. Kami berdua memang boleh dikatakan agak rapat. Kemana-mana memang berdua.

So, nak tak nak.. Saya ikutkan lah rentak dia. Sayangkan kawan. Dan akibatnya, saya lah yang menghabiskan makanan tue semua.

Sebab, orang kurus nie. Dia tak makan banyak. Makan nya sekadar merasa je. Melepaskan batuk di tangga.

Anda bayangkan.. Siapa yang stress?!

Saya ke dia?
Saya lah:weary:Hu3.

Sebagai ganti.. Dia wajib temankan saya jogging di pantai setiap hari.

Kalau tak sempat pagi, petang selepas pulang dari office.

Dia ok, je.

Saya ni, lah yang tak ok.

Badan saya makin di pam-pam naik.

Baju, seluar makin ketat. Tak muat.. Banyak baju-baju lama semakin sendat. Terpaksa dilupakan.

Saya mula cuba macam-macam cream sapu, pil jamu susut berat badan. Kempiskan perut.

Hurmm..

Saya ni, ada masalah di bahagian perut, pinggul, punggung, peha dan pinggang. Semua part makin melebar. Hingga leher dah tak nampak leher tahun demi tahun.

Stress dan semakin kecewa.

Apa silap saya?

Nak kata makan banyak.. Memang tak.

But! Why??

What happened to my body??

Uhhh!! Stress yang amat melampau.

Saya bertukar tempat kerja. Badan saya makin membesar bahagianya.

Saya dah tak kisah. Saya dah penat kuruskan badan. Tapi, gagal.

"Saya Kecewa"

Saya dah tak nak ambil tahu semua tue.

Tapi, kan.. Ia tak berhenti kat situ je. Bila pergi cari baju. Orang cakap mak cik:grin:

Saya fikir.. "Mimpi-mimpi ngeri" dah tak de.

Rupanya, masih ada lagi.

Saya pun, jogging naik bukit turun bukit. Sebab, tempat kerja baru nie. Dalam hutan pulak. So, banyak bukit.

Tapi, saya masih sama. "GAGAL"

Semakin membesar sehingga 75kg. Obesiti tahap 1.

Saya berdoa dan berserah kepada Allah mohon ditunjukkan jalan.

Akhirnya penghujung tahun 2014. Saya berjumpa seorang Mentor dan group support.

Hidup saya mula berubah.

Rupanya, banyak silap yang saya dah lakukan.

~Sakinah yang kini telah sedar~




Nak tahu apa silap tue?

Anda wajib follow program Now Everyone Can Kurus (NECK).

Banyak jawapan dan jalan penyelesaian yang anda bakal temui.

NECK Batch 9 masih dibuka untuk penyertaan. Baki kekosongan tinggal lagi 13. Ia sangat-sangat terhad.

Hubungi Anisah : 0136216522 untuk guide dan bantu anda.

#NECK
#NowEveryoneCanKurus
#JomKurusDariRumah


Isnin, 21 September 2015

Puasa Arafah menghapuskan dosa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Alhamdulilah awal pagi 22sept, 8zulhijjah. Saya berkempatan mendengar kuliah subuh dengan tajuk Puasa Arafah, melalui radio ikim.fm





Di antara perkongsian ustaz, dalam menghuraikan maksud hadis puasa Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu- ialah dosa yang kecil. Dosa yang besar, tentulah memerlukan seorang melakukan taubat nasuha dll. 



Manakala, dosa setahun yang akan datang pula, adalah dengan di mana Allah memberi taufiq kepada hambaNya, untuk tidak melakukan dosa. 

Wallahualam. 


Di bawah pula, perkongsian beberapa hadis yang berkaitan dengan puasa Arafah kepada yang sedang Menunaikan haji dan tidak . 



Semoga bermanfaat. 



PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS



عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ... أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة

َ
Dari Abu Qatadah bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: " Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah. (HR Tirmizi No: 680)


Pengajaran:



1. Disunahkan berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah) bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji



2. Orang yang berpuasa pada hari Arafah akan mendapat ganjaran keampunan setahun sebelum dan setahun selepas



3. Ganjaran puasa sunat Arafah seolah-olah berpuasa selama dua tahun.



عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَلِمَةً تُشْبِهُ عَدْلَ ذَلِكَ قَالَ صَوْمُ عَرَفَةَ بِصَوْمِ سَنَتَيْنِ وَصَوْمُ عَاشُورَاءَ بِصَوْمِ سَنَة

ٍ
Dari Abu Qatadah bahwa Nabi SAW mengucapkan kata-kata yang mirip dengan kesamaannya, ia berkata; Puasa 'arafah seperti puasa dua tahun dan puasa 'asyura` sama seperti puasa setahun. (HR Ahmad No: 21568)


4. Rasulullah dan para sahabat tidak menunaikan puasa  Arafah ketika melaksanakan ibadah Haji. 



سُئِلَ ابْنُ عُمَرَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ بِعَرَفَةَ فَقَالَ حَجَجْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَصُمْهُ

وَمَعَ أَبِي بَكْرٍ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُمَرَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُثْمَانَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَأَنَا لَا أَصُومُهُ وَلَا آمُرُ بِهِ وَلَا أَنْهَى عَنْهُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ أَيْضًا عَنْ ابْنِ أَبِي نَجِيحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رَجُلٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ وَأَبُو نَجِيحٍ اسْمُهُ يَسَارٌ وَقَدْ سَمِعَ مِنْ ابْنِ عُمَر
َ
Ibnu Umar ditanya tentang puasa Arafah di 'Arafah, dia menjawab, saya pernah melaksanakan haji bersama Nabi SAW dan dia tidak puasa di Arafah, saya juga pernah haji bersama Abu Bakar beliau juga tidak puasa 'Arafah, pernah juga bersama Umar dan dia tidak berpuasa, demikian halnya bersama 'Utsman, beliau juga tidak berpuasa dan saya tidak berpuasa juga tidak menyuruh orang lain untuk berpuasa dan tidak juga melarangnya. (HR TIRMIDZI No: 682)


JOM kita bersifat RAHMAH untuk melaksanakan puasa sunat Arafah (9 Zulhijjah atau pada hari Rabu 23hb Sept 2015 ini).





#Rahmah Untuk Semua#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor


...



Bersama kita mengumpul pahala dan menghapuskan dosa... Moga kita semua di tempatkan di syurga tanpa dihisab. 



Aamin ya rabbalamin.



Sila KONGSIkan untuk peringatan bersama. 



Terima kasih,



Salam hormat,



Anisah 

#menungguhari perjuangan melahirkan anak ke 3


.moga Allah permudahkan dan diberkati dengan kesihatan yang baik untuk bayi dan ibunya serta seisi keluarga. 



Aamin ya rabbalamin.


Khamis, 17 September 2015

3 Sebab Kenapa GULA perlu di kurangkan kepada KANAK-KANAK

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? Samà2 kita doakan kita semua sihat, dengan izinNya. 

Sebelum ini, saya ada kongsikan Salahkah makan gula kalau nak kurus? , hari ni Saya nak share sebab mengapa anda perlu kurang beri makanan / minuman bergula kepada anak anak anda.

Kenapa? sebab corak pemakanan kita bermula dari zaman kanak2 lagi... Ok jom layan 3 sebab utama...

1. Mula Tolak Makanan Sihat

Bila dah terbiasa dengan makanan yang manis, anak akan rasa tidak suka makan makanan sihat seperti sayur dan lain lain lagi.

Salah satu faktor, anak akan ketagih makan makanan yang manis itu dan kesannya, mereka kurang makan makanan yang sihat sebab dah rasa kenyang.

2. Jejas Tahap Kesihatan

Bila anak anak suka makan manis, ia akan memberi ruang kepada masalah obesiti di kalangan kanak kanak.

Akan timbul masalah kencing manis. Dan bila besar, terdedah kepada masalah masalah lain pula.

Click image untuk lebih jelas

3. Paten Pemakanan Anak Yang Tidak Sihat

Bila anak suka makan makanan manis. Ia akan jadi satu trend kepada mereka.

Bila dah jadi habit suka makan makanan manis, mereka tak suka makan makanan lain.

Kurang makan sayur. Kurang minum air kosong.  Diet mereka tak akan jadi seimbang.

So....

Jom ubah gaya hidup kita dan keluarga sebelum hasilnya seperti poster di bawah


Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".


KONGSIKAN sebagai PERINGATAN kepada rakan-rakan lain... satu click kita, mungkin menyelamatkan NYAWA rakan yang lain. 
.
.
.


nak gula2 yang selamat? boleh bagi dalam bentuk Vitamins! ;) sambil kunyah2.. sambil dapat khasiat vitamins nya. 

Gula2 kegemaran anak saya : chewable Vitamin C dan Chewable vitalea for kids

Rabu, 16 September 2015

Al kisah temuduga PA : Gagal temuduga hanya kerana TIADA email?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari ni saya terbaca kisah yang dikongsikan oleh rakan saya... kisahnya simple tetapi mendalam maksudnya. 

Jemput hayati , moga ia memberi manfaat kepada kita semua. 

Alkisah temuduga pembantu am (PA) pejabat

Sukri sedang menggangur dan pergi ke kota mencari pekerjaan. Setibanya di kota, Sukri membeli sebuah akhbar dan mula mencari kerja. Terdapat satu syarikat besar berdekatan dengan rumah sewa kawannya ingin mencari pembantu syarikat.
Ketika ditemuduga, majikan menyuruh Sukri melap tingkap dan menghantar surat ke satu tempat berdekatan sebagai ujian.
Selesai dua tugas itu dengan cemerlang, majikan terus memberitahu Sukri bahawa beliau telah digaji.

Ada emel tak?” tanya majikan itu.


Maaf. Saya tidak pernah miliki komputer. Oleh itu saya tiada emel,” jawab Sukri.

Maafkan kami. Jika kamu tak ada emel bermaksud kamu tak layak. Dan disebabkan itu kamu tidak boleh menggaji kamu,” kata majikan tersebut.



Sukri meninggalkan temuduga itu dengan perasaan penuh hampa. Di dalam poket Sukri hanya ada RM10.
Dalam perjalanan balik ke rumah sewa kawannya, Sukri telah pergi ke pasaraya dan menggunakan semua duitnya untuk membeli bawang yang dijual pada harga diskaun.
Guni bawang itu kemudian dibawa Sukri dan dijualnya pintu ke pintu. Sukri buat tanpa fikir kerana inilah jalan terakhirnya.
Tidak disangka setelah 3 jam berusaha, Sukri telah berjaya menjual semua bawang yang dibelinya dan mendapat hasil RM50.

Aku boleh hidup macam ini… kalau aku rajin buat tiga empat kali setiap hari, aku boleh hidup,” bisik Sukri di hatinya setelah melihat kejayaannya untuk untung RM40.
Bermula daripada hari itu, Sukri terus berusaha dan duit yang ada di tangannya telah berlipat ganda.


7 tahun kemudian, Sukri kini menjadi pembekal makanan terbesar di negerinya. Dengan duit yang ada, Sukri kini ingin melabur untuk kesejahteraan masa depan keluarganya.

Abang ada emel?” tanya Norhayati seorang broker insuran dan hartanah.

Tak ada,” jawab Sukri dengan selamba.

Abang tak ada emel, dan abang mampu membina bisnes sehebat ini. Bayangkan apa yang abang dapat capai sekiranya abang ada emel,” kata Norhayati lagi.

Sukri memikirkan soalan Norhayati sejenak lalu bersenyum…

Kalau saya ada emel, kini mungkin saya sekarang ini hanyalah seorang ofis boy,” kata Sukri sambil ketawa yang tidak difahami Norhayati.

Wahai rakan-rakanku, 

Yakinlah bahawa Allah telah menetapkan rezekimu, dan asalkan kamu rajin dan berusaha, sesungguhnya tiada jalan buntu di dunia ini.


Sila kongsikan kisah ini, moga ia memberi peringatan kepada rakan-rakan lain juga. ;)



Ahad, 13 September 2015

Apa yang BEST nya ESP ni?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar anda semua hari ni? Sama2 kita doakan semua nya dalam keadaan sihat, ceria dan diberkati..inshaAllah. 

Hari ni, izinkan saya berkongsi 'cerita' ceria... BESTnya ESP! ye ker? kenapa pula? 

Dalam banyak2 produk shaklee, ESP antara produk keGEMARan ramai, sebab apa? 




Sebab antara feedback pengguna tegar, ( ada yang baru berjinak2 juga dah dapat rasa) seperti berikut; 

♡ Kulit mereka lebih sekata,lebih cerah
♡ kulit kurang berminyak, bedak pun tahan lama kalau tepek kat muka

♡ Jerawat jarang muncul
♡ Kulit lebih anjal
♡ Rambut kurang gugur
♡ Kekal bertenaga sepanjang hari,
♡ kenyang lebih lama
♡ kurang nak mengunyah junk food
♡ takde dah gastrik/senggut
♡ tumbuh makin fit,slim
♡ kalau ibu hamil lak, mereka kata mereka lebih bertenaga, anak yang lahir kulit saaaangat cantik, tak mudah ruam
♡ kalau yang ibu menyusu pulak, mereka kata susu lebih pekat, banyak
♡ awet muda
♡ rahim lebih kuat
♡ Kuku jadi cantik
♡ Parut stretch mark hilang


Ini antara muka2 pengemar ESP...yang paling famous, untuk KECANTIKAN, MENYUSU, HAMIL, DIET, dan membekalkan tenaga! 


♡ dan jom layan testimoni bertulis dari mereka...;) 





Dr Bruce Miller menggalakkan pengambilan suplemen protin soya yang berkualiti tinggi!
 Dan ESP ni antara suplemen protin soya yang berkualiti tinggi


Cerita pasal ESP lagi? Jemput Click : ESP !!! YES!

Psst... bulan ni bulan PROMOSI ESP dengan TAWARAN super duper BEST! REBUT PELUANG ini! 


Di akhir kata, Jom kita kongsikan kenikmatan kesihatan melalui pemakanan yang baik, inshaAllah. 

;) Sehingga berjumpa lagi! 

Selasa, 8 September 2015

Finding Contact Person (Malaysian) in the UK universities

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

How are you today? Hope each and everyone of us are in the pink of health. ;) hehe. alamak, speaking pula kali ni. Saje jer sekali sekala cakap orang putih pula, lagipun kita masyrakat Malaysia memang dwi-bahasa pun. 


Alhamdulillah...dalam masa beberapa hari kebelakangan ni, beberapa orang menghubungi saya, untuk dapatkan contact person Malaysian Student / Contact Person yang ada di UK...
wink emoticondengan teknologi yang ada sekarang, ie. fb la kan. Alhamdulillah, dapat menghubungkan mereka. 

ok buat mereka yang nak sambung belajar ataupun nak bekerja atau pun nak berkenalan (boleh ek?) dan mencari contact person di UK,

Selain dari tanya dengan Universiti tempat u all bakal pergi, boleh juga cari sendiri di fb. kan fb menghubungkan masyarakat seluruh dunia. berita pun mudah tersebar di fb kan. 

UK Map


 Untuk general inquiries, boleh cari group ni : United Kingdom &Eire Council of Malaysia Student. 


Cuma nya group ni agak besar. 

Rupanya, di fb ni banyak sangat group yang boleh kita cari. 

Ok, jom cari Sheffield punya.


Dan untuk specific university boleh je cari di fb, agak2 tak jumpa juga... boleh lah tanya dengan British Council (http://www.britishcouncil.org/) ataupun https://www.gov.uk/government/world/organisations/british-high-commission-kuala-lumpur 

Agak2 nak tanya dengan saya pun, boleh... inshaAllah saya cuba melalui kenalan saya yang berada di sana, ataupun yang baru balik ke malaysia. 

Memetik status di fb, 

Bila duk mencari kan bagi pihak orang lain, Tetiba.. rasa rindunya nak ke sana lagi. bulan ni genap 10tahun, bumi sheffield di tinggalkan. tapi rasa macam boleh bayangkan baunya, suasananya, makanan nye..(doner kebab & fish chip!- serious lain dgn apa yang di Malaysia)


Thank you so much mum Suhaidah Tahir & dad Khalid Hasnan for the wonderful experiences. 

InshaAllah... one fine day, kita sama2 ke sana bersama anak2 ye abang Asyraf Shaare... boleh mak abah dll datang melawat sama. 

bak kata pakcik yang tinggal di sana...'bila nak balik 'kampung' sheffield? hehe.. btw, pakcik ni bukan lah saudara, tapi bila dah berada di sana, walau tanpa pertalian darah, rapatnya macam saudara sendiri. 

...
10 years back, snows in February 2005 at High Hazel Park.. A perfect gift in the last year we were in Sheffield.

wink emoticon
and yet the rest of us, maintain the same size wink emoticon
alhamdulillah.

Kenangan 2005

InshaAllah, dengan mengenali 'dunia luar' kita lebih mendekatkan diri kepada pecipta kita, Allah swt. 

Isnin, 7 September 2015

10 'Penyakit' Biasa ketika hamil

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

Apa khabar anda semua? moga sihat selalu dengan izinNya. 

Alhamdulillah, diam tak diam.. saya dah pun hamil masuk bulan 8.. tup2, tinggal lagi 5 minggu sahaja menuju ke due date. erm, kalau ikut anak2 sebelum ni, tak cukup pun 40 minggu dah nak lahir dah. untuk kali ini, tak tahu lah.. sebab setiap pregnancy lain2 kan.. 

Macam-macam yang lain tau.. ada sesetengah orang mabuk di awal mengandung sahaja, ada yang sepanjang kehamilan, ada yang takde simptoms pun, ada yang kencing manis la, ada yang darah tinggi la.. hanya ketika hamil. 

'Penyakit' yang datang hanya ketika hamil ni, kadang2 buat ibu2 rimas kan? ada yang menyebabkan kurangnya KESERONOKAN hamil kan? 

InshaAllah sebenarnya, ada cara nak kurangkan 'penyakit' ni datang atau pun berpanjangan sepanjang kehamilan. 




Ok sebelum tu, izinkan saya berkongsi artikel yang di kongsikan oleh website Pa&Ma seperti di bawah; 

Bila mengandung memang macam-macam perubahan yang dialami oleh bakal ibu. Perubahan hormon menyebabkan beberapa ketidakselesaan semasa mengandung. Walaupun merisaukan tetapi ia perkara biasa yang kebanyakannya perlu dilalui oleh ibu mengandung. Tetapi jangan risau, kebanyakannya tidak berbahaya tetapi ibu tetap perlu ambil berat beberapa simptom dan jika semakin teruk, segera hubungi doktor anda. 
1. Muntah
Ia petanda awal kehamilan dan boleh berlauk pada bila-bila masa. Keadaan menjadi lebih teruk jika ibu keletihan. Rasa loya dan muntah hilang selepas minggu ke-12 kehamilan tetapi adakalanya ia kembali semula.
2. Gusi berdarah
Masalah gusi berdarah dialami terutamanya selepas memberus gigi. Gusi menjadi lembut ketika hamil menyebabkan mudah cedera.
3. Kerap buang air kecil
Disebabkan rahim yang menekan pundi kencing membuatkan anda asyik ke tandas.
4. Sembelit
Pembuangan air besar yang keras dan kering pada sela masa yang kurang kerap daripada biasa. Ia disebabkan hormon kehamilan progesteron mengedurkan otot usus. Oleh itu pergerakan usus perlahan.
5. Kekejangan
Kontraksi otot yang menyakitkan, biasanya berlaku pada anak betik dan kaki. Ia kerap berlaku pada waktu malam. Mungkin disebabkan kekurangan kalsium.
6. Berasa pitam
Mudah rasa pening dan tidak stabil. Ia disebabkan tekanan darah lebih rendah semasa mengandung.
7. Sesak nafas
Ia kerap berlaku di akhir kehamilan apabila bayi yang semakin membesar menekan atas diafragma ibu, menghalang anda daripada bernafas dengan lancar. Keadaan ini berkurangan kira-kira sebulan sebelum kelahiran bayi apabila kepalanya turun ke ruang pelvik.
8. Pedih ulu hati
Rasa sakit yang kuat pada bahagian tengah dada. Ini kerana injap pada pintu masuk ke perut kendur semasa anda hamil disebabkan oleh perubahan hormon. Oleh itu, asid perut mengalir semula ke esofagus (saluran ke perut).
9. Buasir
Berasa gatal, sakit atau berlaku pendarahan apabila cuba membuang air besar. Ini kerana tekanan daripada kepala bayi menyebabkan vena di sekeliling anus membengkak. Keadaan bertambah buruk apabila memaksa diri untuk membuang air besar.
10. Sukar tidur malam
Biasanya ia berlaku di akhir kehamilan apabila bayi semakin membesar dan ibu semakin kerap membuang air kecil. Selain itu rasa panas yang melampau membuatkan ibu semakin sukar tidur selain tidak selesa dengan perut yang membesar.

Di petik dari Pa&Ma

...

Macam biasa2 je 'penyakit' kat atas ni kan? huhu.. boleh bayangkan ketidakselesaan nya. 

Alhamdulillah, pregnancy kali ni, kebanyakkan 'penyakit' di atas sangat2 dapat di kurangkan dan ada yang takde pun. Alhamdulillah, dengan izinNya. 

Alhamdulillah, bila badan kita cukup nutrisi, banyak dapat di kurangkan, di elakkan. contohnya;


  • Dengan pengambilan kalsium yang cukup, kejang kaki dapat di elakkan. tambahan lagi dalam ostematrik (bukan sekadar kalsium) ada magnesium, vitamin D dll yang boleh bantu elakkan sembelit. Serius, makan ostematrik 4biji malam sebelum tidur, inshaAllah awal pagi lagi perut di'bersih'kan. 


  • Bila sembelit tiada atau kurang, buasir pun dapat di elakkan. 


  • Peppermint Ginger pula membantu sangat juga ada rasa mual2 ke, kembung perut ker..nanti angin sempoi bahasa keluar dengan bahagianya. inshaAllah boleh elakkan rasa nak muntah tu.. boleh bancuh jadikan macam air teh ginger... berangin jer. 


  • Bila badan selesa, tidur malam juga lena.
  • Masalah gusi berdarah? cukupkan dengan protein dan kalsium.. inshaAllah dapat di elakkan. 
  • Sesak nafas? boleh terjadi sebab kurangkan iron dalam darah, oxigen yang dapat di bawa dalam darah berkurang dari biasa. inshaAllah 2bj vitalea membantu. (Info Vitalea)
  • Vitamin C sangat penting untuk tingkatkan imuniti badan dan bantu mencantikkan kulit. ini memang saya terasa sangat, alhamdulillah, kali ini, TIADA strechmark. kulit pun moist jer.  (Info Vitamin C )
  • Bcompleks (ada folic acid) bantu untuk kurangkan risiko kecacatan pada bayi dan pada masa yang sama mengurangkan stress. yelah kan ibu2 hamil ni.. emosi pun kekadang tu kurang stabil kan. hehe.( info Bcompleks)
Alhamdulillah, secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan SET HAMIL shaklee dan kesan-kesan sampingan nya. inshaAllah a healthy pregnancy, healthy baby. 

Nak tahu lebih lanjut pasal SET HAMIL ni? Jemput click : SET HAMIL TERBAIK!


Sebagai seorang muslim, kita wajib berusaha sebaiknya, dan kemudian bertawakal kepada Allah swt.  Moga Allah permudahkan , lancarkan dan berikan yang terbaik buat kita semua. Aaamin




Rabu, 2 September 2015

KENAPA KAMI MAHU ANDA KURUS?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 


Apa khabar anda hari ini? apa khabar DIET anda hari ini?


Mari sama2 doakan semua nya dalam keadaan baik, dengan izinNya. 


Hari ni saya nak kongsikan;


7 SEBAB UTAMA KENAPA KAMI MAHU ANDA KURUS?


1. Sebab mereka yang gemuk berisiko untuk kena penyakit yang membawa maut seperti Serangan Jantung, Strok yang berpanjangan dan kencing manis yang parah.





2. Saya sayangkan anak bangsa dan saudara-mara saya.


3. Supaya kita semua dapat mempertingkatkan amal ibadat kepadaNya lebih baik dan sempurna.


4. Supaya anda tidak dihina dan diperli.



5. Supaya anda hidup lebih bahagia dan ceria. Bebas dari segala penyakit.


6. Dapat melakukan aktiviti lasak tanpa halangan.


7. Dapat kurangkan kos perbelanjaan perkara yang menggemukkan dan saiz baju semakin mengecil.


dan sangat banyak sebab "Kenapa KAMI Mahu Anda Kurus? "



SEBAB itu... kami wujudkan 

PROGRAM Now Everyone Can Kurus (NECK), 

di mana ia  adalah program Kurus dari rumah, sendirian tetapi berpasukan! Macamana tu? 

Anda boleh baca di sini untuk maklumat lanjut : http://everyonecankurus.blogspot.com/2015/07/maklumat-program-now-everyone-can-kurus-neck.html


Mereka di bawah ini adalah di antara peserta NECK yang terdahulu, yang bukan hanya berjaya turun berat badan tetapi dapat mencapai banyak lagi nilai KEBAHAGIAAN berat badan ideal (semakin ideal)....;) 






Dah baca, Sila SHARE! mungkin anda dah kurus... tapi ada rakan sekeliling anda yang TIDAK Kurus. Anda mampu membantu mereka!


Jom KURUS dan SIHAT! 

Agen NECK anda, 

Anisah Khalid
0136216522


Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...