Jumaat, 27 Februari 2015

Minuman Isotonik Pilihan Ramai, Performance Drink

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda hari ni? Moga sihat, ceria, dan bahagia hendakNya.

Sekarang ni, pasca-banjir kita sedang berhadapan dengan musim panas dan di jangkakan musim panas ini sehingga awal April.


Terkini, sedang viral mengenai strok haba! Apa tu strok haba? Jom tengok ilustrasi di bawah...

Strok haba, suhu badan melebihi 40.5C
Bahaya tau strok haba ni, jadi jom pakat sama2 elakkan strok haba ni terjadi pada diri kita, ahli keluarga dan rakan-rakan. 


Memetik kata Pakar Kesihatan dari akhbar Utusan Online

Pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua. 

“Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.

 “Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanya. 

Kesimpulannya?

Musim Panas ni... kita sangat2 di galakkan minum air suam, air isotonik dan kurangkan aktiviti luar yang terdedah kepada panas terik!

Apa pilihan minuman isotonik yang ada di pasaran?

kebanyakkan isotonik bergas + manis!

Tapi takan lah sebabkan nak isotonik, gula pula terlebih kan?

Pilihan yang jauh lebih selamat, jeng jeng.. inilah die PERFORMANCE DRINK.

Sedap tau!

Nyummy dan menyegarkan... Saya suka2!

Performance Drink di hidangkan di Faizland

Setahun yang lalu, saya pernah kongsikan mengenai performance drink ni... sila click-->


Ok semua, jom2... nak order boleh jer terus contact saya ya.

KEKAL CERGAS dan SIHAT walaupun di musim panas, inshaAllah.

Semoga sihat selalu, 
Anisah Khalid 

~Feel Free to LIKE and SHARE~
Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Thalasemia adalah sejenis 'anemia'

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera, 

Beberapa hari lalu, saya mendapat berita seorang saudara sebelah suami telah meninggal dunia di usia 29 tahun. Beliau adalah pengidap Thalasemia dan telah melalui proses transfusi darah banyak kali dalam hidup beliau. Sebagai pengidap thalasemia major, Allah panjangkan umur beliau sehingga 29 tahun... sedangkan jangka hayat biasa bagi pesakit thalasemia major adalah sekitar remaja sahaja. 

Jika tidak keberatan sedekah al-fatihah buat ruh beliau. Moga beliau di tempatkan di kalangan solihin. Aamin. 



Hari ni, saya nak kongsikan sedikit perkongsian dari KKM mengenai thalasemia. inshaAllah.. nanti saya akan olahkan lebih lanjut berdasarkan pengalaman keluarga sebelah suami. 

Semoga bermanfaat/




JATA
KENYATAAN AKHBAR
YB MENT
 ERI KESIHATAN MALAYSIA
Y.B DATO' SRI LIOW TIONG LAI
UNTUK PROGRAM BERSAMA MENTERI & ANUGERAH KECEMERLANGAN PESAKIT TALASEMIA
SEMPENA SAMBUTAN HARI TALASEMIA SEDUNIA
DI HOTEL SERI PACIFIC KUALA LUMPUR
12 MEI 2012

1.    Talasemia adalah sejenis penyakit genetik yang mengganggu pembentukan sel-sel darah merah yang normal. Sel darah merah pesakit ini  mudah musnah dan ini akan menghasilkan bahan zat besi yang tertumpu  di beberapa organ penting seperti jantung, otak, hati dan buah pinggang, serta merosakkannya.   Pesakit tersebut sering menghidap paras hemoglobin yang rendah (anaemia) dan memerlukan transfusi darah secara berterusan.     Dianggarkan antara 3 hingga  5 % penduduk Malaysia (atau antara 780,000 hingga 1.3 juta orang) adalah  pembawa penyakit genetik “Thalassemia” ini, dan 120 hingga 350 bayi talasemia major dilahirkan setiap tahun. 

2.    Pesakit talasemia memerlukan ubat iron chelation agent seperti Desferrioxamine (Desferral) untuk mengikat zat besi yang berlebihan itu dan seterusnya mengeluarkan tumpukan zat besi tersebut daripada badan. Pesakit yang hanya menerima pemindahan darah tanpa chelating agent mempunyai jangka jayat kurang dari 9 tahun.    Masalahnya, penggunaan ubat Desferrioxamine (Desferral) adalah  rumit dan menyakitkan. Oleh itu, ada  pesakit gagal mematuhi kaedah rawatan dengan sempurna.

3.  Dengan itu, ubat  Deferasirox (Exjade) telah digunapakai bagi tujuan rawatan iron chelation ini pada tahun 2008. Pesakit hanya perlu mengambil sekali dos sahaja sehari berbanding dengan ubat Desferrioxamine (Desferral) yang perlu dicucuk secara subcutaneous setiap 8 jam selama 5 atau 6 kali dalam seminggu. Namun begitu, kos bagi ubat Deferasirox (Exjade) ini 3 kali ganda lebih mahal dari ubat Desferrioxamine (Desferral). Seorang pesakit berumur 7 tahun memerlukan peruntukan sebanyak RM49,275 untuk bekalan ubat  Deferasirox (Exjade) setahun.

4.    Pada tahun 2004, Kerajaan telah  meluluskan sebanyak RM29.5 juta setahun bagi pelaksanaan program kawalan, pencegahan dan rawatan talasemia di Malaysia. Daftar Talasemia Kebangsaan (National Thalassemia Registry)  yang telah dilancarkan pada 2007 telah mendaftarkan, sehingga 31 Disember 2010,  sejumlah 4,823 orang pesakit.  

5.    Pada tahun lepas, Kementerian Kesihatan telah mendapat kelulusan dari Jemaah Menteri dengan peruntukan sebanyak RM80,993,700 setiap tahun dan RM11,713,300 secara one off bagi memperluaskan aktiviti-aktiviti dalam Program Kawalan dan Pencegahan Talasemia di Malaysia. Ia meliputi peruntukan tambahan sebanyak RM31,983,000 (RM 31.983 juta) setiap tahun bagi menampung keperluan ubat Deferasirox (Exjade) untuk rawatan 916 orang pesakit talasemia paediatrik sedia ada yang berumur antara 2 hingga 7 tahun dan 166 orang pesakit baru. Peruntukan sebanyak RM26,710,000 (RM 26.71 juta) setiap tahun diberikan bagi menampung keperluan ubat Desferrioxamine (Desferral) dan ubat Deferiprone (L1) untuk rawatan 1,646 orang pesakit talasemia dewasa yang berumur 20 tahun dan ke atas.

6.    Peruntukan tambahan itu juga meliputi Makmal Diagnostik Prenatal di Hospital Kuala Lumpur, pengukuhan perkhidmatan Makmal Patologi bagi saringan penduduk di hospital-hospital Kementerian Kesihatan serta menjalankan aktiviti penyebaran maklumat dan pendidikan kesihatan berkaitan penyakit talasemia ini.

7.  Selain itu, melalui aktiviti pendidikan kesihatan dan kaunseling yang  di jalankan oleh Kementerian Kesihatan, bilangan kelahiran bayi yang meng- hidap talasemia telah menurun daripada 192 bayi pada tahun 2004 kepada 82 bayi pada tahun 2009. 

8.  Blangan remaja dan belia yang menjalani saringan talasemia untuk mengetahui sama ada mempunyai “gene” talasemia juga telah meningkat daripada 141,758 orang pada tahun 2008 kepada 262,236 orang pada tahun 2010. Ini menunjukkan bahawa terdapatnya peningkatan kesedaran masyarakat umum mengenai talasemia. 

9.  Adalah digalakkan pihak remaja menjalani ujian talasemia kerana ia hanya perlu dijalankan sekali seumur hidup. Di samping itu, ahli keluarga pesakit talasemia, yang terdiri daripada ibu bapa, adik-beradik dan juga saudara terdekat, adalah digalakkan untuk mendapatkan ujian saringan talasemia.

10. Kementerian Kesihatan Malaysia menghargai peranan yang telah dimainkan oleh media massa di negara ini dan berharap usaha murni ini akan   diteruskan. Selain pihak media, Kementerian Kesihatan juga mengucapkan terima kasih kepada badan-badan  bukan Kerajaan serta  Institut Perubatan Molekul (UMBI),  Persekutuan Pertubuhan Talasemia Malaysia, Malaysian Society of Paediatric, Haematology and Oncology (MASPHO) dan Kelab Talasemia Pusat Perubatan UKM, yang telah memainkan peranan penting membantu Kementerian dalam melaksanakan aktiviti berkaitan talasemia.

11. Pesakit-pesakit yang diraikan pada hari ini merupakan pesakit talasemia yang telah mendapat pencapaian cemerlang dalam bidang akademik. Ini membuktikan bahawa walaupun mereka ini menghadapi cabaran yang hebat terhadap kehidupan mereka namun mereka tidak berputus asa tetapi gigih untuk mencapai kecemerlangan di dalam hidup. Syabas  diucapkan kepada mereka  sekalian. 

12. Kementerian Kesihatan akan terus melaksanakan 4 komponen program iaitu:
i.   Penyediaan rawatan percuma kepada pesakit talasemia
ii.  Saringan talasemia kepada kumpulan sasar dalam masyarakat
iii. Pendidikan kesihatan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai talasemia dan
iv. Pemerkasaan  Daftar Kebangsaan Talasemia.



Dipetik dari : http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/22/250

Info berkaitan:

http://thalasemia.org/

Khamis, 26 Februari 2015

Makluman Permohonan Untuk Lepasan SPM

Makluman kepada para pelajar SPM 2014

Sumber daripada  ipta tentang Permohonan

Kemasukan ke IPTA 2015/2016  

√ 18 Jan 2015 - Iklan Permohonan Dlm Akhbar Tempatan
√ 19 Jan 2015 - Pembelian No Pin & Permohonan Kemasukan
√ 6 April 2015 - Tarikh tutup permohonan



 Untuk matrikulasi dan asasi:

Permohonan online upu ( upu.mohe.gov.my )

• FASA 1: 19/1/2015 - 6/4/2015
• FASA 2: 3/6/2015 - 9/6/2015
• Semakan minggu temuduga: 21/5/2015 - 6/62015
• Hebahan keputusan: 11/8/2015
• Pendaftaran: 1/9/2015

Cara isi borang online upu:
Bilangan program ade 12. Wajib isi 4.

1. Untuk program yg ade temuduga:
- Bgi research university (ru), isi pilihan 1-2.
- Bagi ipta biase, isi pilihan 5-6.

2. Bgi program yg x ade temuduga:
- RU pilihan no 1-4
- Ipta 5-6

Boleh kemaskini tiga kali termsuk yg fasa 2. Sila pastikan ade lagi peluang utk kemaskini semasa FASA 2 sbb mse tu kite buleh ikut kesesuaian result kite.

**Jgn isi pngk dan kaum semasa isi borang online. Sbb bende tu dah selaras sendiri dgn jpn. Hrp mklum.
Buat anak2  atau ahli keluarga sekiranya berminat.

Senarai biasiswa lepasan SPM

Biasiswa Tun Rahah
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/08/mas cter-degree-scholarship-tun-rahah.html#axzz2wTejXdXf

PETRONAS Education Sponsorship (Degree) Programme 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/11/petronas-education-sponsorship.html#axzz2wTejXdXf

Uplands Sixth-Form International Education Scholarship 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/uplands-international-education.html#axzz2wTejXdXf

Kuok Foundation Scholarship for Malaysia Polytechnics 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/biasiswa-kuok-foundation-politeknik.html#axzz2wTejXdXf

MNRB Scholarship Fund 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/mnrb-scholarship-insurance-science.html#axzz2wTejXdXf

Yayasan Pelajaran MARA JAD-MJHEP Scholarship 2014/2019
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/biasiswa-mara-luar-negara-ijazah.html#axzz2wTejXdXf

PETRONAS Education Sponsorship (Degree) Programme 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/11/petronas-education-sponsorship.html#axzz2wTejXdXf

SHELL Malaysia Scholarship (Undergraduate) 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/shell-scholarship-oversea-undergraduate.html#axzz2wTejXdXf

UC College of Engineering Malaysia Scholarships 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/engineering-malaysia-scholarships.html#axzz2wTejXdXf

Maybank Foundation Scholarship Award 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/02/biasiswa-maybank-scholarship-luar-negara.html#axzz2wTejXdXf

Securities Commission Malaysia (SC) Scholarship Award 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/03/biasiswa-sc-sekuriti-commission-malaysia.html#axzz2wTejXdXf

Astro Scholarship Award 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/03/biasiswa-astro-scholarship-undergraduate.html#axzz2wTejXdXf

Karangkraf Education Fund
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/biasiswa-karangkraf-scholarship-swasta.html#axzz2wTejXdXf

KPM MyBrainSc Scholars
hip Scheme 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/kpt-mybrainsc-scholarship-scheme-2014.html#axzz2wTejXdXf

Khazanah Nasional
http://www.khazanah.com.my/scholarship2.htm

PNB
http://www.pnb.com.my/aset_m.php#edu_csr

Sime Darby
http://www.yayasansimedarby.com/1008230434%C2%BBMalaysia.aspx

Bank Negara Malaysia
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_misc&pg=en_career_scholar&ac=1097

Mohon sebarkan kepada pelajar lepasan SPM 2014.


HADIAH ISTIMEWA buat BAKAL PELAJAR CEMERLANG

EBook Rahsia Pelajar Cemerlang

Isnin, 23 Februari 2015

Kisah Seorang Guru,Penternak LEMAK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda hari ini? Moga sihat selalu hendakNya. 

Izinkan saya berkongsi kisah seorang guru, yang dulu adalah seorang 'peternak lemak'.. hehe, a.k.a suka 'bina badan'. 

Beliau ni memang ramah sangat orangnya, tagline nya pun cikgu cantik dan ceria. hehe, memang mudah mesra dengan orang lain. pertama kali saya jumpa beliau... rasa macam dah lama jer jumpa.

Ok jom, baca kisah beliau... 



Kisah Seorang Guru

Saya dan suami suka travel. Bila travel perkara yg dicari adalah tempat makanan sedap. Kami akan google kalau kalau ada makanan yang sedap di situ. Jalan jalan cari makan gitu...

Bila balik kampung, saya menjadi ketua chef. Memasak secara berjemaah adalah aktiviti paling seronok di kampung, sambil bersembang dan bergelak bercerita. Sambil masak sambil makan.. Haha.. Memang selamatttttt....

Saya mengaku, saya malas bersenam. Alasannya, saya sibuk dan penat dengan tugasan dan keluarga.

Bila ada masa terluang, saya ambil masa untuk tidur dan menternak lemak.

Bila stress bekerja saya keluar MAKAN dengan kawan-kawan bagi tujuan untuk release tension.

Nak tahu kisah selanjutnya, sila klik di sini : 





Jom Kurus Dan Sihat

Nak tahu lebih lanjut mengenai Now Everyone Can KURUS? Sila click ---> NECK

Cikgu Su adalah di antara peserta Now Everyone Can KURUS Batch 1, yang bermula pada 1 Februari 2015. Di anggarkan mereka akan turun berat badan 10 - 15kg dalam masa 15 hari. sesiapa yang berjaya menurunkan berat badan terbanyak akan.....

 menang hadiah RM1000 tau! 

Buat kawan-kawan yang bam2, dan rasa memang dah tiba masa nak kena turunkan berat badan, jom2 kawan-kawan boleh sertai batch ke 2, yang akan bermula pada 1 Mac 2015. 

Di samping dapat turunkan berat badan dengan sihat, anda juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan yang jauh lebih penting.... ELMU untuk kekalkan berat badan ideal. 

Jom2... jangan tunggu lagi! 


Hubungi agen NECK anda, 

Anisah 
0136216522


Makanan & Minuman Di Musim Kemarau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar hari ni? Moga Sihat Dan ceria selalu.

Baru2 ni ramai yang demam, batuk dan selsema gara2 musim panas & berjerebu.

Lebih menakutkan demam denggi juga sedang 'mengganas'. Allahuakbar, Nauzubillah...takut dengar, sebab beberapa  Kes kematian turut dilaporkan.

Di bawah ni, poster yang disediakan oleh KKM sebagai rujukan kita semua.

click untuk lebih jelas

click untuk lebih jelas

Berita yang di viralkan di whatapps, saya kurang pasti sumber rasmi nya, namun apa yang di sampaikan hampir sama dengan poster di atas. Moga bermanfaat. 

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihati agar mengurangkan pengambilan cecair yang menggalakkan perkumpulan air kencing seperti minuman berkafein, kopi, teh dan air berkarbonat ketika cuaca panas.

Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman, berkata pengambilan minuman berkenaan menyebabkan individu akan kerap membuang air kecil sehingga mengakibatkan badan kekurangan cecair.

"Sudah menjadi kebiasaan, bila bangun pagi minum kopi atau teh, tetapi pada musim cuaca panas ini, ia tidak sesuai kerana akan menyebabkan kita kerap kencing, sedangkan badan kita memerlukan air yang banyak kerana suhu panas menyebabkan badan hilang banyak air.

"Seeloknya kita minum jus buah-buahan yang kurang gula. Bagi membekalkan air yang cukup untuk badan tak semestinya minum sehingga dua liter air kosong, tapi boleh diperoleh daripada sumber lain seperti buah-buahan," katanya di sini hari ini.



Beliau berkata, selain minuman berkafein, pengambilan ubat diuretik terutama di kalangan pesakit darah tinggi juga boleh menyebabkan seseorang kerap membuang air kecil.

Sehubungan itu, Ridzoni berkata pesakit dinasihati agar mendapatkan nasihat doktor tentang alternatif atau cara untuk mengurangkan dos ubat berkenaan untuk sementara waktu bagi mengurangkan cecair dalam badan hilang secara paksa (kencing).

"Di samping itu, apa yang paling utama ialah setiap individu perlu memastikan bahawa mereka meminum air yang cukup iaitu kira-kira dua liter dalam tempoh 24 jam (sehari).


SEORANG pelanggan minum air kelapa muda yang dijual ketika tinjauan di Lorong Abu Siti dekat Pulau Pinang hari ini. Permintaan air kelapa muda meningkat kerana airnya dapat menyejukkan serta menyegarkan badan terutama ketika cuaca panas yang melanda negara ketika ini. 

"Boleh minum lima gelas jus buahan-buahan dan lima gelas air kosong kerana selain membekalkan air, buah juga boleh membekalkan zat-zat lain seperti sodium, potassium dan vitamin C," katanya.

Ridzoni berkata, bagi golongan berumur 50 tahun ke atas, mereka lebih mudah terdedah kepada dehidrasi kerana faktor umur yang meningkat menyebabkan mereka berasa kurang haus.

"Cara yang mudah ialah memeriksa air kencing kerana kencing yang pekat menunjukkan badan kekurangan air. Selain itu, jika kita melekapkan bibir atas dan bawah, dan jika ia melekit, seperti terkena air gula, itu bermakna mereka kurang air.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai mengurangkan pengambilan makanan yang pedas bagi mengelak peningkatan suhu badan.

"Ambil makanan mengandungi banyak air seperti buah tembikai, betik dan tembikai susu, sayur-sayuran contohnya tomato, timun dan sawi, serta masakan seperti sup, tumis air dan masak pindang boleh meningkatkan pengambilan air.

"Kita juga boleh mendapatkan sumber air daripada minuman seperti air kosong, susu dan makanan seperti sup dan yogurt," katanya.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh melayari laman web Bahagian Pemakanan www.nutrition.moh.gov.my untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Panduan Diet Malaysia atau kemukakan sebarang pertanyaan yang berkaitan melalui Facebook Bahagian Pemakanan iaitu Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jabatan Meteorologi pula menyatakan suhu maksimum di beberapa bandar utama hari ini termasuk Kuala Lumpur mencecah 34 darjah kerana negara pada masa ini sedang berada pada penghujung Monsun Timur Laut dan dijangka berakhir pada penghujung Mac ini.

Kebanyakan kawasan terutamanya di utara pantai barat Semenanjung Malaysia kurang menerima hujan dalam tempoh yang panjang menyebabkan berlakunya cuaca panas dan kering.
Gambar : Minuman tinggi vitamins & antioksida


Ahad, 15 Februari 2015

Testimoni Now Everyone Can KURUS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apakhabar diet anda hari ini? Moga sihat2 selalu ya.

Seperti ada saya ceritakan sebelum ini, Empayar mariafirdaus telah melancarkan eBook Now Everyone Can KURUS (NECK) dan juga dalam bentuk fizikal.

Disamping tu, dengan konsep MESTI, untuk KURUS kena ada mentor, Elmu, System, Tindakan dan Impian... Program NECK dalam bentuk pertandingan telah dilancarkan untuk 100hari bermula 1 Februari 2015.

Alhamdulillah, sudah 2 minggu program ini berjalan, dan para peserta diminta untuk timbang setelah 14hari, ramai yang turun berat di antara 1,2,3,4,5,.... dan ada yang turun 6kg! Wah..Alhamdulillah, Tahniah ya pada rakan-rakan semua. 

Psst, nak tahu tak... diorang ni berjaya turun berat badan dengan makan nasi dan WAJIB makan 4-5 kali sehari! eh, macamana tu kan? erm.. nak tahu macamana boleh click di sini ---> Diet ? Tapi makan nasi... boleh ke?

Hari ni saya kongsikan testimoni salah seorang peserta pertandingan NECK.


Macam senang jer bunyinya kan?

Senang jika kita MAHU!inshaAllah.


Psst nak tahu tak? 1 Mac ni batch ke2 akan bermula. Agak2 nak tunggu lagi?

Jom2 hubungi Saya sekarang!

Chop2... Ada lagi banyak Kejayaan peserta NECK tau...nak tahu lebih lanjut ? Ni ulasan pihak penganjur ULASAN HASIL 14 HARI BERSAMA NECK








Isnin, 9 Februari 2015

Rahsia Jutawan Shaklee

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda hari ni? moga sihat dan ceria selalu bersama keluarga tersayang. 

Alhamdulillah, semalam 8 Feb 2015, saya dan sekitar 40 orang rakan-rakan diberi kesempatan meluangkan masa 'refresh' dan menerima ilmu baru di Faizland, Bangi. 


5 Speakers berkongsi rahsia mereka...;) Alhamdulillah, ilmu yang nampak biasa-biasa namun bila di sampaikan oleh orang yang luar biasa, menampakkan hasil yang luar biasa, inshaAllah. 

Salah satu penekanan sebagai pengedar shaklee, kita sendiri perlu jatuh hati dengan produk dan secara taklangsung, apabila kita dapat kesan yang positif. Maka kita perlu sebarkan kebaikkan produk  yang kita yakini Selamat, Semulajadi dan Berkesan (MOTO SHaklee).

Setiap SID, bukan hanya pengedar, tetapi duta dan konsultant juga. ;) Kita perlu tahu apa masalah yang boleh kita bantu dan memberikan konsultansi terbaik. inshaAllah. 

Selain itu, antara yang di tekankan kelebihan menjadi ahli shaklee seperti ada saya kongsikan sebelum ini-, Sila Click ->Kelebihan Ahli Shaklee ) 

Penerangan tentang peluang 3 C dalam Shaklee iaitu, 

C Pertama : CASH program
C Kedua : CAR Progam
C Ketiga : CONVENTION Program 


Bagi ketiga2 C di atas, semua orang mempunyai peluang yang sama, kuncinya, kita perlu tahu apa syarikat tawarkan pada semua pengedarnye. 

Cash bonus, adalah 'pemberian' kepada pengedar dalam bentuk cash (duit) selepas beberapa belian. (sekitar RM450 sahaja dalam masa sebulan, Anda LAYAK dapat CASH BONUS!!!)

Car Program pula, apabila hasil jualan dalam kumpulan mencapai jumlah tertentu. ;) Tambahan dalam bentuk CASH kepada CASH bonus tadi. 

Convention Program pula, point terkumpul yang melayakkan seseorang untuk layak dapat FREE 6 star trip ke lokasi terpilih. untuk cycle kali ni, sesiapa yang layak akan ke Italy sekitar hujung thn 2015.


Alhamdulilah...

Ada ilmu baru, juga ada ilmu yang di remindkan semula. 

Menjadi satu keWAJIBan dalam program shaklee, anjuran group di bawah Jutawan Shaklee mesti ada kongsikan dan tekankan rahsia dalam pemasaran JUTAWAN Islam. 

~Amalan ROHANI dalam menjemput rezeki, sebab dalam kita berusaha, kita perlu sentiasa yakin dan merapatkan diri kepada pemilik rezeki, pemberi rezeki itu sendiri, iaitu tuhan semesta alam, Allah swt.



Penutupnya, Pm Cery MamaFaiz bagi reminder asas kepada kejayaan beliau sejak dari mula penglibatan Bisnes shaklee sampai skrg, amalan menjemput rezeki : solat taubat, tahajud, hajat , baca Al Quran dan zikir kena sentiasa Di tekankan, Rahsia Cermin Ajaib dll. 
Inilah Rahsia Jutawan yang byk kali disebut2.

Sebelum balik... jom posing2 dulu..;)

Jutawan Muslimah, InshaAllah

Selempang pinjam...hehe. Doakan satu hari ia kepunyaan saya, Aamin :)


Moga kita istiqamah dalam menjadi Jutawan dunia Akhirat.aamin.

Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

Affordable PRICE
FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...